SALAM

Tuesday, October 12, 2010

Pengenalan Forex

PENGENALAN

Forex adalah singkatan kepada Foreign Exchange, iaitu tukaran matawang asing. Ia merupakan sebuah pasaran kewangan yang terbesar di dunia. Menurut Bank for International Settlements purata dagangan harian di pasaran FOREX pada bulan April 2010 adalah dianggarkan sebanyak RM 12.34 trilion (USD 3.98 trilion) sehari. Forex melibatkan dagangan dimana kita membeli satu mata wang dan menjual satu mata wang yang lain. Pasangan mata wang (currency pair) ini didagangkan melalui broker dalam bentuk pasangan (pair) sebagai contoh Great Britain Pound dengan United State Dollar (GBPUSD). Jika membeli pasangan ini bermakna kita membeli GBP dan menjual USD (dolar AS).

Pasangan mata wang yang didagangkan terbahagi kepada 6 komponen iaitu Forex Major (contohnya EURUSD, GBPUSD, USDJPY), Forex Crosses (contohnya AUDJPY, NZDJPY, CADJPY), Forex Crosses 2 (contohnya EURAUD, GBPJPY), Forex Crosses 3 (contohnya GBPNZD, EURCAD, GBPAUD), Forex Crosses 4 (contohnya USDDKK, USDSEK), Forex Crosses 5 (contohnya AUDZK, CADCZK).

Dagangan jual beli mata wang antara negara melibatkan pasar-pasar mata wang utama di dunia yang berlangsung secara 24 jam secara berterusan selama 5 hari bermula dari hari Isnin sehingga hari Jumaat. Dagangan Forex bermula dari bursa Sydney Australia pukul 6.00 pagi hari Isnin waktu Malaysia sehingga jam 3.00 petang. Kemudian bursa Tokyo Jepun dibuka pada pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Selanjutnya ke bursa London Eropah pada pukul 4.00 petang -12.00 tengah malam. Dan akhirnya ke bursa New York Amerika Syarikat yang bermula pada pukul 9.00 malam sehingga 5.00 pagi.
Tiada dagangan pada hari Sabtu dan Ahad.


PULANGAN DAN RISIKO

FOREX telah menjadi alat (instrumen) pelaburan alternatif yang paling popular kerana pulangan pelaburan, ROI (Return On Investment ) yang akan dijana melebihi 5% - 10% sebulan berbanding dengan pelaburan lain. Bahkan boleh mencapai lebih 100% sebulan untuk trader profesional.

FOREX juga mempunyai risiko tinggi apabila anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dan pengurusan kewangan yang baik.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Pak Wan,

    Saya berminat nak menjalankan FOREX ni tapi tak tahu langsung bagaimana caranya. Saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program yang Pak Wan gunakan.

    Bagaimana saya boleh menghubungi Pak Wan?

    ReplyDelete
  2. Waalaikum salam.

    Sahabat nizamnz selamat hari raya aidil adha. Maaf lambat membalasnya. email pakwan63@yahoo.com

    ReplyDelete